Tuesday, November 16, 2010

Tangan sudah gatal

Erk...saya x taw kenapa tiba-tiba tangan saya ni gatal..bila difikir balik rupanya masih ada tugas yang belum selesai,patutla tangan terasa gatal sangat..

Pejam celik dah hampir dua bulan saya x update kan blog ni...llama jugak tu..maklum la sedikit sibuk dengan tugasan seharian dan kepenatan sampai nak update blog pon x sempat..

banyak cerita yang ingin dikongsi sepanjang dua bulan ni, nantila bila ada masa terluang saya akan ceritakan dengan panjang lebar,termasuklah perkara-perkara yangb sulit akan saya ceritakan, malm ni adalah malam raya.

Nampaknya saya tidak dapat balik beraya aidil adha bersama keluarga,tapi x mengapa,demi tugas say berkorban,demi rezeki saya,demi memberi informasi kepada semua.

Setakat ni sahajalah saya mampu menulis, walaupun minat menulis namun kekangan masa menyebabkan saya tidak mampu berkongsi berjuta-juta cerita menarik yang saya alami.

Wasalam
TQ.

Sunday, August 29, 2010

3 hari Bersama Tuan Tanah

rasanya sy menaip dalam jangkamasa 5 minit je ni,da nak post satu lagi topik..

Sudah menjadi lumrah keje sy ni mmg menaip tiap2 hari,bayangkan satu hari nak siapkan 3 hingga 5 story,ini memerlukan minda yang tajam terutamnya isu2 semasa.

Entry kali ni nak cite sket pengalaman semasa Kembar Mahkota Johor baru-baru ini yang x sempat sy nak kongsikan...

Hari pertama sy bermalam dihotel the Zon bersama dengan media2 lain seperti krew majalah 3 dan beberapa stesyen tv,seawal jam 5 pagi saya dan Aswad iaitu pegawai pemasaran bergerak ke pontian kerana konvoi akan bermula disana pada jam 8 pagi,terpinga-pinga juga sy dibuatnya,ramai sgt orang,hari pertama hujan yang tersangat lebat di pontian namu baginda tuanku adalah sgt Punctual orangnya walau ribut petir melanda beliau tetap meneruskan KMJ ini tepat pada masanya.

konvoi bermula jam8.30 pagi untuk bergerak ke kampung blh dikatakan pedalaman jugak,pada persinggahan yang pertama sy,sy berjumpa dengan seorang penduduk kampung yang sgt daif orangnya berkerusi roda,tiada siapa membantu semata-mata untuk menjenguk tuan punya tanah iaitu sultan negerinya sendiri.

sy sempat berbual dgnnya kira-kira15 minit,beliau begitu gembira dengan kehadiran rombongan KMJ,katanya sebelum kedatangan rombongan,jalan belum berturap,lampu jalan x ada......persoalannya??anda jawabla sendiri betapa positifnya program2 sebegini,tuan tanah seperti ini sepatutnya dicontohi oleh tuan tanah dimegeri lain khusubya ditempat saya sendiri iaitu kelantan yang penuh dengan pergolakan dalaman.

konvoi seterunya meneruskan perjalanan ke kampung kedua persinggahan pada hari pertama,kampung ini sedikit meden jika dibandingkan dgn kampung2 sebelumnya...

akan bersambung.......gamba akan diupload later...

semangat yang hilang

Alhamdulillah sy dah hampir 3 bulan berada di negeri paling selatan iaitu johor malah penerimaan masyarakat disini sangat la baik,tidak kira berstatus apa,termasuk sultan johor yang melayan saya begitu baik...

rasanya da lama x update blog,yela bukkannya ada orang nak baca pun,sy sorang je yang baca penulisan saya dan tidak pernah minta untuk dibaca...

ok nak diceritakan mengenai perjuangan orang melayu di Johor..

Selama hampir 3 bulan saya disini, hampir kesemua pemimpin diJohor telah saya temui,bermula dari Sultan hinggalah ke peringkat cawangan tidak kira parti politi apa pun, cuma nak saya ceritakan adalah perjuangan bangsa.

Saya kagum melihat masyarakat diJohor ini Khususnya golongan perimgkat pertengahan umur yang berkobar-kobar dalam memperjuangkan bangsa melayu.

Saya berkawan rapat dengan seorang ketua pemuda peringkat bahagian ini...semangatnya tidak pernah luntur walau diludah dan dihina..

Alhamdulillah semangat Onn masih lagi berkobar2 di negeri Johor ini,semoga teruskan perjuangan,bangkitlah.....
salam..

Selamat berpuasa....

Saturday, July 10, 2010

Nak sambung cerita...

Hari tu saya ada update satu story yang bertajuk wartawan kan..so, hari ni saya akan menyambung cerita tersebut memandangkan hari ini hari yang ke-7 saya di karangkraf menjalani kursus sebagai seorang wartawan.

Setelah melapor diri di pejabat rasmi Karangkraf pada 5.7.2010 yang lepas, saya diarahkan untuk menjalani kursus INDUKSI selama sehari dan kursus WARTAWAN BARU selama lebih kurang dua minggu, pada hari pertama, saya telah menjalani kursus induksi, bersama-sama dengan saya ketika itu ada lebih kurang dalam 25 orang, kebanyakannya wartawan dari pelbagai bidang. Sempatlah saya berkenalan dengan beberapa orang yang berada di sana,antaranya azizah wartawan yang akan bertugas di daerah Ledang beliau merupakan orang pertama yang menegur saya,kemudian wartawan majalah Media Hiburan, dan Encik Manaf yang akan bertugas sebagai pengurus operasi di anak syarikat Karangkraf iaitu Ultimate Print.

Setelah tamat kursus INDUKSI, saya diberitahu bahawa hanya wartawan Sinar Harian sahaja perlu untuk menghadiri kursus WARTAWAN BARU itu. Keesokan harinya, saya ke kursus tersebut terdapat 5 org sahaja (termasuk saya) wartawan sinar harian,iaitu Abg Syama akan bertugas di daerah Jelebu, Kak hana ( Head Quarters S.Alam), Kak Farha (dia ni berjawatan sub-grafik iaitu blh jadi wartawan dan sub-editor,dua2 keje dia buat la) last skali org yang pertama menegur saya ketika INDUKSI iaitu Kak Azizah yang akan bertugas di daerah Ledang.
Mereka semua ni dalam lingkungan 24 dan 25 tahun..wahhh nampaknya saya la yang paling muda, rasa rendah diri juga....tapi mereka begitu bangga dengan tindakan saya "joe ko x sambung ke?bagusla,baik ko buat pjj,aku ni tgh pening nak byr PTPTN,bila la nak kaya"kata abg syama.

Ada betul juga kata abg syama tadi,terfikir kejap, x kisahla apa org nak cakap pun, rezeki kat mana-mana, yang penting berusaha. Slot yang pertama kami untuk hari ini adalah dari EN JALIL ALI, beliau merupakan penasihat editorial untuk Sinar Harian bermakna dia ni boss no 2 la kat Sinar Harian.

Jadi, selepas berhari-hari berkursus,tinggal dua hari sahaja lagi saya akan ke Johor baru,kerana saya ditugaskan untuk ke sana. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat serta ramai kenalan yang saya kenal tidak kira pangkat sepanjang kurus terbabit.

Kali terakhir semasa menulis blog ini, kami berdebat mengenai undang2 dan media disampaikan oleh Pn Juwita yang merupakan penasihat undang2 untuk syarikat. Setakat itula dulu ubtuk cerita ni,sbb banyak lagi cerita yang perlu saya tulis ni,artikel pon x buat lagi, have fun!

Cerita yang bosan!

ehem2,setelah berminggu sibuk dok kursus,ari minggu ni la ari yang sesuai untuk mengupdate blog..ok, ceritanya begini, pada suatu hari tu,erm,maafla saya da lupa tarikhnya, tapi ari selasa yang lepas dalam keadaan cuaca yang sungguh ceria dan sedikit sibuk kerana semuanya berebut-rebut untuk pulang ke rumah termasuk saya....

sedang asyik mengalamun di dalam kereta,dalam keadaan yang sesak,tiba2 ada sebiji kereta ini yang berjenama PROTON melulu kearah kereta saya dan cuba untuk menyelit, disebabkan kesian melihat BELIA itu maka saya telah memberi laluan untuknya kerana berfikiran mungkin si pemandu itu sakit perut atau mempunyai kes2 kecemasan yang memerlukan dia untuk bergerak cepat, tetapi jangkaan saya meleset selepas di beri laluan kereta PROTON yang di naiki BELIA itu bergerak pantas sambil menunjukkan isyarat tangan yang menggenggam erat (penumbuk!).

apa yang nak di ceritakan disisi??............... Inilah produk buatan negara MALAYSIA yang cuba di lahirkan selangkah dengan Belia berwawasan..... di mana nilai murni rakyat malaysia? yang peliknya kalau ada tourist dtg bawak kete bukan main senyum lagi,tp bila sesama rakyat Malaysia senyum pon tidak,malah penumbuk yang dihulur.. Bahi saya mungkin terpengaruh dengan kelakuan ibubapanya,mintak maaf kasar sgt ni,sbb terlalu geram dengan BELIA yang memandu PROTON, mengalahkan saya yang memandu TOYOTA...

Sampai hari ini saya masih terfikir dan kesian dengan moraliti rakyat malaysia ni, yang miskin berlagak KAYA, yang cukup2 makan berlagak KAYA, yang KAYA x perlulah di ceritakan, mungkin wang yang di ukur bkn dari segi siviknya, ye dunia sudah terbalik, apakah langkah kita seterusnya?fikirlah.....

Thursday, July 1, 2010

Wartawan

Alkisahnya begini, beberapa minggu yang lepas,(10.6.2010),saya ada menerima panggilan dari sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia iaitu KARANGKRAF untuk menghadiri temuduga bagi jawatan wartawan untuk sebuah akhbar terbitan syarikatnya (SINAR HARIAN). Jadi saya mengambil keputusan untuk menghadiri temuduga terbabit walhal saya ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi,tp x pe,mencuba nasib, katanya suruh di bawa sijil2, lesen dan i/c...tapi saya hanya ada lesen dan i/c, yang lain sumua ada di kampung (kelantan). Terpaksalah bawa apa yang ada je...dalam hati terdetik, ala bukannya nak keje sgt pon..

Lebih kurang dalam jam 8 pagi,saya bersama kawan felix dan cech adrea tiba di pejabat KARANGKRAF yg terletak di seksyen 16. Mata da bengkak,sebab x tido lagi ni,pergilah register kat receptionist tu,rupa2nya dia nak salinan pulak,mana la sempat nk pergi photostat,erm terpaksalah bagi alasan dulu. Bermulalah sesi temuduga,first skali kena edit berita,then jawab soalan ala2 pshychology sikit,dan yg terakhir translateken berita. Setelah ketiga2 sesi selesai,semua calon keluar,oh lupa nak bgtaw,untuk hari tu je adalah dlm lebih kurang 10 org, sebelum2 ni pun da ada org dtg interview. Kemudian sorang demi sorang calon dipanggil untuk sesi soal jawab,mak aihh,saya last skali...berdebar jugak,mana tidaknya x prepare apa2 pun.

Setelah masuk ke dalam bilik untuk di temuduga,Ketua Pengarang Sinar Harian iaitu En.Nordin memperkenalkan dirinya terlebih dahulu,kemudian giliran saya untuk bercerita sebanyak yg boleh,belum sempat bercakap byk sy telah dipotong,"mudanya,btol ke nak jadi wartawan?" kata En.Nordin, kami akhiri sesi temuduga dgn salam yg cukup ikhlas dan beliau menyatakan kepada sy, yang pihak syarikat akan menanggung pengajian sy,jika sy bekerja bersama syarikat.

beberapa minggu kemudian sy telah menerima panggilan daripada syarikat berkenaan bahawa sy telah dipilih untuk bekerja dengan syarikatnya. Syukur Alhamdulillah,ttp membuat keputusan x semudah yang disangkakan,sy juga ada menerima tawaran untuk menyambung pengajian sy di peringkat yg tertinggi, maka bermulalah cerita yang x blh tidur malam.

berfikir dan berfikir,akhirnya sy mendapat petunjuk dr Allah S.W.T dan saya membuat keputusan untuk menerima jawatan sebagai wartawan. Nampaknya saya bermula karier di awal usia iautu pd umur 21 tahun,sy digelar wartawan,mcm x logik pulak,tp x pe,itu yg dinamakan rezeki. Katanya akan menghantar saya ke Johor Bharu. Tggula update saya yg seterusnya untuk mengetahui cerita seorang wartawan muda........

Wednesday, June 30, 2010

Bukan lari,tapi beralih arah

Assalamualaikum W.B.T, ini adalah entri pertama saya di blog yg baru,niatnya bukan untuk lari dari masalah blog sebelum ini,cuma mencari persekitaran baru dan cuba untuk mencipta satu budaya baru. Seperti blog saya sebelum ini(itupun kalau anda semua dah baca blog saya sblm ni) tak ada apa2 menarik pon,cuma satu pemikiran dan penulisan yang baru cuba diterapkan dalam blog baru ini (maaf kat follower2 lama sy,anda blh mencari sy disini).

Setelah melalui beberapa tragedi di blog lama saya,saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada seluruh umat manusia yang terasa hati dan kecewa akan keputusan yang saya buat ini. adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah,dan sekarang bg saya masalah saya sudah selesai di alam maya ini.

jadi,tak perlulah saya menulis dgn panjang lebar ataupon menyuluh di tempat yang terang lagi.

SELAMAT DATANG ke dunia baru saya....CATATAN YANG BELUM LENGKAP..