Thursday, July 1, 2010

Wartawan

Alkisahnya begini, beberapa minggu yang lepas,(10.6.2010),saya ada menerima panggilan dari sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia iaitu KARANGKRAF untuk menghadiri temuduga bagi jawatan wartawan untuk sebuah akhbar terbitan syarikatnya (SINAR HARIAN). Jadi saya mengambil keputusan untuk menghadiri temuduga terbabit walhal saya ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi,tp x pe,mencuba nasib, katanya suruh di bawa sijil2, lesen dan i/c...tapi saya hanya ada lesen dan i/c, yang lain sumua ada di kampung (kelantan). Terpaksalah bawa apa yang ada je...dalam hati terdetik, ala bukannya nak keje sgt pon..

Lebih kurang dalam jam 8 pagi,saya bersama kawan felix dan cech adrea tiba di pejabat KARANGKRAF yg terletak di seksyen 16. Mata da bengkak,sebab x tido lagi ni,pergilah register kat receptionist tu,rupa2nya dia nak salinan pulak,mana la sempat nk pergi photostat,erm terpaksalah bagi alasan dulu. Bermulalah sesi temuduga,first skali kena edit berita,then jawab soalan ala2 pshychology sikit,dan yg terakhir translateken berita. Setelah ketiga2 sesi selesai,semua calon keluar,oh lupa nak bgtaw,untuk hari tu je adalah dlm lebih kurang 10 org, sebelum2 ni pun da ada org dtg interview. Kemudian sorang demi sorang calon dipanggil untuk sesi soal jawab,mak aihh,saya last skali...berdebar jugak,mana tidaknya x prepare apa2 pun.

Setelah masuk ke dalam bilik untuk di temuduga,Ketua Pengarang Sinar Harian iaitu En.Nordin memperkenalkan dirinya terlebih dahulu,kemudian giliran saya untuk bercerita sebanyak yg boleh,belum sempat bercakap byk sy telah dipotong,"mudanya,btol ke nak jadi wartawan?" kata En.Nordin, kami akhiri sesi temuduga dgn salam yg cukup ikhlas dan beliau menyatakan kepada sy, yang pihak syarikat akan menanggung pengajian sy,jika sy bekerja bersama syarikat.

beberapa minggu kemudian sy telah menerima panggilan daripada syarikat berkenaan bahawa sy telah dipilih untuk bekerja dengan syarikatnya. Syukur Alhamdulillah,ttp membuat keputusan x semudah yang disangkakan,sy juga ada menerima tawaran untuk menyambung pengajian sy di peringkat yg tertinggi, maka bermulalah cerita yang x blh tidur malam.

berfikir dan berfikir,akhirnya sy mendapat petunjuk dr Allah S.W.T dan saya membuat keputusan untuk menerima jawatan sebagai wartawan. Nampaknya saya bermula karier di awal usia iautu pd umur 21 tahun,sy digelar wartawan,mcm x logik pulak,tp x pe,itu yg dinamakan rezeki. Katanya akan menghantar saya ke Johor Bharu. Tggula update saya yg seterusnya untuk mengetahui cerita seorang wartawan muda........

No comments:

Post a Comment