Hari tu saya ada update satu story yang bertajuk wartawan kan..so, hari ni saya akan menyambung cerita tersebut memandangkan hari ini hari yang ke-7 saya di karangkraf menjalani kursus sebagai seorang wartawan.
Setelah melapor diri di pejabat rasmi Karangkraf pada 5.7.2010 yang lepas, saya diarahkan untuk menjalani kursus INDUKSI selama sehari dan kursus WARTAWAN BARU selama lebih kurang dua minggu, pada hari pertama, saya telah menjalani kursus induksi, bersama-sama dengan saya ketika itu ada lebih kurang dalam 25 orang, kebanyakannya wartawan dari pelbagai bidang. Sempatlah saya berkenalan dengan beberapa orang yang berada di sana,antaranya azizah wartawan yang akan bertugas di daerah Ledang beliau merupakan orang pertama yang menegur saya,kemudian wartawan majalah Media Hiburan, dan Encik Manaf yang akan bertugas sebagai pengurus operasi di anak syarikat Karangkraf iaitu Ultimate Print.
Setelah tamat kursus INDUKSI, saya diberitahu bahawa hanya wartawan Sinar Harian sahaja perlu untuk menghadiri kursus WARTAWAN BARU itu. Keesokan harinya, saya ke kursus tersebut terdapat 5 org sahaja (termasuk saya) wartawan sinar harian,iaitu Abg Syama akan bertugas di daerah Jelebu, Kak hana ( Head Quarters S.Alam), Kak Farha (dia ni berjawatan sub-grafik iaitu blh jadi wartawan dan sub-editor,dua2 keje dia buat la) last skali org yang pertama menegur saya ketika INDUKSI iaitu Kak Azizah yang akan bertugas di daerah Ledang.
Mereka semua ni dalam lingkungan 24 dan 25 tahun..wahhh nampaknya saya la yang paling muda, rasa rendah diri juga....tapi mereka begitu bangga dengan tindakan saya "joe ko x sambung ke?bagusla,baik ko buat pjj,aku ni tgh pening nak byr PTPTN,bila la nak kaya"kata abg syama.
Ada betul juga kata abg syama tadi,terfikir kejap, x kisahla apa org nak cakap pun, rezeki kat mana-mana, yang penting berusaha. Slot yang pertama kami untuk hari ini adalah dari EN JALIL ALI, beliau merupakan penasihat editorial untuk Sinar Harian bermakna dia ni boss no 2 la kat Sinar Harian.
Jadi, selepas berhari-hari berkursus,tinggal dua hari sahaja lagi saya akan ke Johor baru,kerana saya ditugaskan untuk ke sana. Banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat serta ramai kenalan yang saya kenal tidak kira pangkat sepanjang kurus terbabit.
Kali terakhir semasa menulis blog ini, kami berdebat mengenai undang2 dan media disampaikan oleh Pn Juwita yang merupakan penasihat undang2 untuk syarikat. Setakat itula dulu ubtuk cerita ni,sbb banyak lagi cerita yang perlu saya tulis ni,artikel pon x buat lagi, have fun!
No comments:
Post a Comment